Sunday, February 8, 2015

Tangguhkan seketika...

Kelmarin aku telah menghantar sedikit info kepada pemaju rumahku, agar dia faham. Aku tidak dapat balik ke kampung untuk urusan pemilihan warna rumah dan jubin yang akan dipilih oleh aku.Kekangan masa yang menghimpit diri ini agar sukar untuk dicelahkan. Banyak lagi kerja yang tertangguh buah masa sekarang. Keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan aku, gagal berfungsi dengan baik. Malam sahaja aku terpaksa tidur awal untuk merehatkan tubuh yang masih lagi kurang sihat. Deman, selsema, sakit kepala, sakit pinggang...bertubi-tubi sakit yang datang. Mungkin ini yang dihantar kepadaku agar terus mencintaiNYA. Agar aku terus sujud kepadaNYA.
MerinduiNya adalah jalan penyelesaian yang terbaik, bersujud kepadanya adalah jalan yang betul daripada terus merindui dunia yang hanya pinjaman.
Padamu Ya Allah Ya Tuhanku,syukur  kerana masih lagi memberikan ruang untuk aku bernafas dimuka bumi ini untuk seketika sebelum dijemput kembali.
Ya Allah Ya Tuhanku,  tempatkan hambamu ini dikalangan orang -orang beriman dan mendapat syaafaat daripada Kekasihmu.
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah hambamu ini, dari kejahilan dan tundukkan hambamu ini di bawah hidayahmu. Agar hambamu ini akan terus sujud dibawah lindungan agamamu.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan ilmu yang ku ajari itu sebagai ilmu yang berguna untuk digunakan dan jadikan ilmu yang diajari itu sebagai amalku dihadapanmu nanti.
Amin.

No comments: