Tuesday, February 24, 2015

Dapatkan maklumat...

Semoga cepat pulih dan cepat kembali normal Wan. Teruskan perjuangan dan kuatkan semangat yang ada untuk perjuangan yag masih panjang. Bertahanlah wahai anakku. Mungkin ini yang dikatakan penyucian kepada dosa-dosa, semoga penerimaan ilmu daripada murabbimu selepas ini akan berjalan dengan lancar.
Semoga impian dan cita-citamu akan menjadi satu sejarah kegemilangan dalam hidupmu. Aku sekadar mendoakan kejayaan yang cemerlang buatmu. Dari jauh ku doakan yang terbaik buatmu.
Jadikan kesusahan yang hadir pada hari ini, sebagai satu medan kejayaan pada hari depan. Jadikan pengorbanan keluarga pada hari ini, sebagai perisai kekuatan pada masa depan. Kuatkan semangat dan tabahkan hatimu, agar perjuanganmu akan terus cemerlang di masa depan.
semoga tabah hadapi ujian yang mendatang.
Sabar menanti detik 5/3 nanti, untuk urusan seterusnya.

No comments: