Saturday, February 7, 2015

Teruskan...melentur buluh

Hari ini, kat sekolah ada aktiviti. Kursus kepimpinan pengawas sekolah, pss, ketua dan penolong kelas.
Semoga perjalanan program akan berjalan dengan lancar dan menepati kehendak dan sebagainya.
Semoga dengan adanya kursus ini anak-anak didik semua akan bertukar menjadi lebih bertanggungjawab menghormati guru-guru mereka.
Sukar untuk mendidik jiwa anak-anak menjadi yang terbaik, jika tiada kesedaran dari semua pihak.
Semoga dengan adanya kursus ini anak-anak didik akan menjadi lebih bertanggungjawab dengan tugas yang tergalas dibahu mereka, dan boleh menjadikan pengalaman yang didapati di sekolah rendah untuk diaplikasikan di sekolah menengah dan seterusnya. Amin.

No comments: