Tahniah kepada Muhammad Nur Hakimie Bin Ismail. Di atas kejayaan yang dicapai. Terima kasih kerana berkongsi kejayaan bersama ku. Kimie ini merupakan anak muridku semasa di MRKK. Semasa itu dia dalam tingkatan 2 B pada tahun 2009. Aku mengajarnya subjek kemahiran hidup. Aku juga berjiran bersama-sama. Banyak kenangan yang indah kita lalui sepanjang setahun kita berjiran. Makan bersama, lepak bersama. Malam ini, kenangan di Padang Sembilan menjenguk kembali. Rindu disaat tersebut.
Semoga kejayaan akan terus melingkari hidupmu.
Jangan difikirkan akan kahwin terlebih dahulu, kejarlah cita -cita. Tunaikan impian orang tua terlebih dahulu.
Fokuskan terlebih dahulu apa yang dikau rasa patut sebagaimana yang kita telah bincangkan dalam perbualan telefon seketika tadi dari jam 10.30 malam hingga jam 11.00 malam tadi. Fikirkan lah apa yang telah kita bincangkan, dan lakukan lah rumusan yang terbaik dalam persoalan tersebut
Lakukan yang terbaik demi kejayaan anda.
Saya sebagai orang yang pernah melingkari hidup awak mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada anak didiknya.
No comments:
Post a Comment