Hari ini, aku mendapat maklumat Wan Aiman setelah dia pergi ke Hospital Temerloh pada 10.2.2015 untuk membuka simen kat tangannya. Hasilnya tangannya sudah ok, tapi perlu dapatkan fisioterapi untuk kuatkan tangannya.
Tangannya tak lurus sebagaimana biasa lagi.
Harap segalanya akan berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang akan menyusahkannya pada suatu masa nanti.
Semoga tangannya akan terus boleh pulih sebagaimana biasa. Agar boleh berjasa kepada keluarganya, sebagai anak lelaki, banyak yang terpikul dibahunya. Teruskan perjuangannya mu , wahai anakku. semoga engkau tabah hadapi ujian yang mendatang.
Tiada yang mampu dilakukan olehku, hanya mendoakan kejayaan, keselamatan dan kesihatan mu akan terus cemerlang.
Semoga tabah hadapi liku-liku hidup di asrama. Kuatkan semangat. Jangan cepat mengalah. Permulaan untuk hidup di asrama baru hendak bermula. Jagalah kesihatan dan hati-hatilah dengan keadaan, sebab tangan masih lagi tidak pulih dengan baik lagi.
Semoga kejayaan milikmu Wan. Hanya itu yang mampu ku doakan kepada mu.
2011- 2014 tempoh perkenalan. Ku harapkan persahabatan ini akan berkekalan selama-lamanya, wahai anakku.
Terima kasih emak Wan, kerana sabar melayan insan ini dalam mendapatkan info Wan.

No comments:
Post a Comment