Aku tak pasti apa motifnya, apa tujuannya, apa agendanya dalam percanturan untuk menyelesaikan kemelut kekurangan guru bahasa english sekarang.
Untuk apa menjemput aku ke dalam perbincangan tertutup isu itu. Keputusan aku cukup jelas, cukup nyata. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Sekali dah kena patuk, tak sanggup kena patuk untuk kali kedua di tempat yang sama. Inilah kemelut yang berlaku sekarang. CIKGU PRA tiada orang.
Takkan sudah lupa, takkan sudah nyanyuk, bukan main bangga dan gembira menyatakan bahawa cikgu lelaki tidak layak mengajar prasekolah. Usahlah bermain kata-kata.
5 tahun berada di sini, tiada satupun jalan penyelesaian yang berlaku, isu ini bukan isu baru. Sudah berakar umbi sejak 5 tahun yang lepas. Tiada jalan usaha yang dilakukan.
Jangan biarkan penyelesaian masalah itu selesai namun menyusahkan pihak yang ketiga.Jangan menggunakan kuasa yang ada untuk menindas orang yang lemah.
Gambaran inilah yang sedang berlegar-legar buat masa kini. Hidup perlu berhati-hati. Sekali kita terjerumus tidak mungkin kita akan terjerumus ke dalam hasutan yang sama.
Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah hambamu ini daripada gangguan syaitan-syaitan yang sememangnya menjadi musuh hambamu ini.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah hambamu ini kekuatan demi melangkah dan menentang kuasa-kuasa syaitan yang tidak terfikir oleh hambamu ini.

No comments:
Post a Comment