12 hari lagi, dijangka akan diadakan mesyuarat agung PIBG sekolah.
Nama naik bahagian persembahan murid arus perdana. Nak buat apa, persembahan apa yang hendak dilakukan?semuanya tak ada lagi dalam kepala.
Merancang hendak buat dikir barat...masalah alat muziknya tiada. Itu masalah utama.
Tak pe...altelnatif guna muzik dalam internet...haaa satu jalan penyelesaian
Lirik dikir barat dah dapat...Tok Guru cakap minta ubah. Puji sekolah. Huhuhu
Apa yang hendak dipuji ya...
Ini pertama kali...nak buat dikir barat. Sepanjang usia ku...tak pernah lagi terlibat dengan dikir barat...zaman kecil-kecil dulu, ada dikir barat di rumah Tok Ngoh pun kita tak suka..sebab boleh sampai ke rumah, tapi alih-alih nok buat dikir barat pula. Heee
Tapi terasa nak buat sesuatu yang tak biasa di buat...sejak berada disini hampir 5 tahun. Teater muzikal, nasyid, bicara berirama, koir dah dbuat...rasa nak buat dikir barat.
Harap impian akan termakbul.
Untuk penyanyi nak guna Amiruddin...Tok jogho pulok nak dapatkan Yazid,,,haaabiar tergeliat lidah mereka.
No comments:
Post a Comment