Wednesday, January 31, 2018

Cikgu Garang

Ibu bapa zaman sekarang sangat berbeza sungguh sekali dengan zaman aku dulu.
Zaman aku sekolah dahulu... apa yang berlaku di sekolah tidak pernah aku cerita kepada ibu bapa aku.
Kena hukum dengan cikgu. Punca tidak siap kerja sekolah. Punca buat salah dan lsnggar peraturan sekolah. Aku tanggung sendiri. Sebab sebodoh- bodohnya aku masih sedar tentang kesilapan sendiri.
Sebab aku tahu hasrat dan impian ibu bapa aku hantar aku ke sekolah bukan untuk cari kesalahan cikgu tetapi mencari ilmu.
Syukur kepada Allah swt sebab menjadikan aku manusia yang berguna sebab tidak pernah mencari salah cikgu.
Syukur kepada Allah swt kerana masih menanam semangati guru masih tersemat dalam diri ini. Aku masih lagi menghormati cilgu- cikgu.
Tetapi...
Budak- budak zaman sekarang walaupun mereka yang mencipta kesalahan tetapi kesalahan tetapi di bahu cikgu itu bukan di sendiri.
Ibu bapa pula akan percaya 100% cakap anak. Atas dasar budak tidak pandai berbohong. Maka dengan ini lahirlah generasi tidak hormat guru bermula dengan ibu bapa.
Acuan begitu hasilnya begitulah.

No comments: