Dalam kehidupan, aku semestinya kena berhati-hati dengan mana-mana orang disekeliling kita.
Kadang-kadang mereka nampak baik di hadapan kita, tetapi dalam masa yang sama mereka akan menikam kita tanpa kita sedari.
Ini kerana semua manusia, di dunia ini mempunyai kepentingan yang kita sendiri tidak ketahui. Walaupun nampak begitu baik dihadapan kita. Kita tidak tahu apa yang tersembunyi di sebaliknya. Apa yang pasti kita harus berhati-hati dalam melayari hidup ini, jangan sampai tersalah langkah dengan mempercayai sesorang tanpa membataskan rahsia yang kita patut simpan untuk diri sendiri.
Tersalah kita mempercayai seseorang pasti akan menanggung derita sepanjang hayat. Biarlah berat sekalipun dugaan yang kita hadapi, biarlah kita tanggung sendiri. Jangan terlalu mempercayai orang. Bataskan sedikit kepercayaan kita kepada rakan-rakan kita agar kita tidak menjadi mangsa keadaan.
peringatan untuk diri sendiri.

No comments:
Post a Comment