Perkataan CIKGU terasa sangat-sangat keramat. Tak kira di alam maya mahupun di alam realiti ungkapan perkataan ini cukup keramat bagi diri ini.
Aku akan terasa dihargai.
Aku akan terasa dihormati.
Aku akan terasa sangat disayangi.
Terasa lelah dan penat aku selama ini, dihargai oleh anak-anak didikku.
Terima kasih wahai anak-anakku yang pernah hadir dan bertakhta di hati ini.
Terima kasih dan terima kasih kerana masih sudi memanggil aku dengan gelaran CIKGU.
No comments:
Post a Comment