![]() |
| Bukan sekolah aku...kidnap gambar dalam FB |
Aku rasa tertarik untuk mengupas persoalan yang sekarang berlegar-legar di alam maya sejak bermulanya persekolahan 2018.
Guru-guru berpakaian Superhero untuk menarik minat murid ke sekolah.
Adakah ini satu keperluan?
Adakah ini satu cara yang betul untuk menarik minat murid ke sekolah?
Adakah ini satu aspek yang perlu dikaji oleh KPM?
Pada pandangan aku, keadaan ini sepatutnya tidak dilakukan oleh rakan-rakan guru untuk menarik minat murid untuk melangkah kaki ke sekolah di atas bebrapa sebab yang aku fikirkan sudah cukup:
- Kita sudah ada Prasekolah yang boleh memupuk semangat dan keinginan di dalam diri murid-murid untuk ke sekolah. Kita kembali semula ke silibus prasekolah yang berorientasikan didik hibur. Di situ telah berjaya menarik minat murid untuk ke sekolah di tahun 1.
- Adakah keupayaan guru-guru di Prasekolah tidak mampu menarik dan menanam minat di kalangan murid-murid prasekolah untuk terus datang ke sekolah tanpa ada momokan yang tiada faedah.
- Apakah peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dewasa ini, untuk menarik minat anak-anak ke sekolah? Tiadakan kata-kata semangat yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak ke sekolah?
Tidakkah terfikir rakan-rakan yang lain, apa perasaan guru-guru di prasekolah. Adakah mereka selama ini tidak berusaha untuk memupuk semangat cintakan ilmu di kalangan anak-anak murid mereka selama setahun..malah ada murid berada diprasekolah sampai 2 tahun .
Aku terus berfikir...
Kerana aku pernah menjadi guru Prasekolah selama 3 tahun
Kerana aku pernah menjadi guru Tahun 1 selama setahun...

No comments:
Post a Comment