Ikhlas.
Aku rasa aku dah cukup ikhlas mendidik anak- anakku.
Aku telah sedaya upaya membuat yang terbaik untuk anak- anak mereka.
Memang betul ada masa aku marah- marah kepada mereka.
Aku marah mereka sebab bersebab. Tiada sebab aku marah mereka jika mereka buat kerja aku.
Ada sebab jika aku marah mereka. Memang kami guru- guru tidak boleh hukum mereka. Tapi bagaimana hendak atasi masalah tersebut.
Kerja sekolah tak buat.
Main dan bercakap dalam kelas.
Tiada tumpuan dalam kelas.
Habis tak perlu bagi hukuman. Nak bagi gula- gula. Taklah.
Kitkat aku bukan semua boleh dapat.
Hadiah aku bukan semua boleh dapat.
Pujian aku bukan semua boleh dapat.
Begitu juga dengan hukuman bukan semua boleh dapat.
Sila pastilan kerja anak siap.
Sila pastikan anak buat kerja sekolah.
Jika hendak anak tidak dihukum.

No comments:
Post a Comment