Aku bukan apa. Memang betul. Pihak sekolah telah nyatakan tarikh bila perlu dihantar dan sebagainya.
Payah sangatkah kalian untuk peringatkan semula kepada rakan-rakan yang tidak lagi hantar info yang dikehendaki.
Sebab maklumat yang dikehendaki itu, keperluan murid-murid. Jadi jangan buat mudah.
Kadang-kadang rakan-rakan yang ada ini lupa. Lupa hendak serahkan.
Malam-malam buta pun ada yang guna whatsApp rasmi untuk arahkan buat kerja...
Taip sahaja peringatan buat rakan-rakan untuk hantar info yang dikehendaki. Gatal-gatalkan tangan itu.
Sebab buku teks satu keperluan. Bukan main-main.
Pantang bagi aku, siapa yang tidak bawa buku teks, sebab kerajaan sudah peruntukkan jumlah yang besar untuk buku teks.
Sikit mengamuk dalam...sebab tiada peringatan untuk sesuatu yang penting...
No comments:
Post a Comment