Itulah pasal, semua cipta Allah s.w.t rasa sangsi dengan manusia. Sehinggakan Iblis sanggup menjadi derhaka sebab mahkluk bernama Manusia.
Dalam dunia, dalam dunia kerja, dalam dunia persahabatan juga ada pelbagai jenis manusia. Sehinggakan kita tidak akan percaya atau terkejut melihat aksi-aksi mereka.
Jika ada keinginan dalam hidup, pasti kita akan melakukan apa sahaja untuk mencapai kehendak kita walaupun akhirnya ia akan menderitakan orang sekeliling kita. Inilah yang dikatakan dunia.
Mereka ini akan dikenali sebagai kaki bodek, kaki ampu, kaki segala kaki yang ada...malah mereka ini lebih dikatakan talam dua muka. Terlalu bahaya untuk dipercayai. Inilah yang dikatakan sebagai manusia jenis aircond terbaik.
Ku coretan kisah yang berlaku pada hari ini dalam mesyuarat. Terkejut. Sedangkan aku rasa perbualan kelmarin di antara Mat Duan dan Zainal berkisarkan jamuan Hi -Tea boleh dikatakan perbualan kosong. Rupa-rupanya sangkaan aku silap. Itu bukan perbualan kosong.
Perbualan itu di bawa balik ke sekolah sampai ke pengetahuan kepala sekolah. Di umumkan di dalam mesyuarat pelarasan Jamuan Hi-Tea. Ini betul-betul kejutan.
Kisahnya Cg, Zainal menyatakan, pertemuan yang akan diadakan pada 19.1 nanti banyak cikgu-cikgu yang tidak puas hati. Ini program yang tidak mendapat surat atau arahan daripada PPD.
Cg. Zainal juga menyatakan apa yang hendak mereka berikan kepada semua cikgu-cikgu yang hadir?
Persoalan inilah yang telah dibawa balik sebagai minit curai semalam.
Inilah dunia. Inilah realiti. Dalam dunia ada pelbagai jenis bentuk manusia.

No comments:
Post a Comment