Aku berharap kemelut yang melanda aku pada waktu ini berakhir dengan lancar. Naik pening kepala ini memikirkan bila pula aku cubit paha murid perempuan kelas 4 Najihin. Sakit kepala aku memikirkannya.
Sampai ke hari ini, masih belum lagi aku jumpa ibu bapa murid tahun 4 Najihin yang datang ke sekolah untuk menyelesaikan masalah ini.
Hati ini betul-betul terguris dengan sikap murid-murid. Sedangkan aku telah menyatakan, jika keluarga awak tak puas hati, sila jumpa aku. Andai itu kesalahan aku. Permohonan maaf boleh aku pohonkan. Ini yang aku sakit hati, bercakap di depan institusi pendidikan, mengumpat tentang guru anakmu. Tidak pernah pula engkau memikirkan kesannya.
Aku tahu aku bukan ada daulat, tetapi aku sebagai guru ada perasaan dan hati.
Aku bersungguh-sungguh mendidik anak-anak mu, inikah balasan yang aku dapat? Kerana satu kesalahan yang telah aku lakukan di tahun lepas, perluke diungkitkan semula?Sedangkan isu ini telah selesai tahun lepas?Tahun ini baru 3 minggu persekolahan secara amnya, aku sendiri benggong memikirkan masa mana aku cubit peha budak perempuan dalam kelas 4 Najihin, dalam kelas Tahun 3 Najihin tak kedengaran pula aku. Mungkin esok akan kedengaran di Tahun 3 Najihin pula.
Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau kuatkan imanku. Engkau tabahkan hati ini untuk hadapi ujian mu ini.
Sakit hati ini, sedangkan telah aku nyatakan, jumpalah aku jika tak puas hati. Kenapa sukar sangat untuk berjumpa dengan aku, tetapi meilih untuk terus bercakap dan bercakap di belakang aku.
Prinsip aku mudah sahaja, jika aku melakukan kesalahan aku akan selesaikan dengan permohonan maaf. Aku paling benci ibu bapa bercakap tentang aku di belakang aku. Aku tak suka.
Jangan biarkan gentaran di hati jahat aku, aku lakukan...
No comments:
Post a Comment