Jumpa aku. Jumpa aku. Jumpa aku.
Dalam kelas, itulah yang selalu aku pesan kepada mereka. Jika tidak puas hati dengan aku. Sila jumpa aku. Aku sanggup berdepan dengan mak ayah mereka.
Kenapa perlu menggunakan orang tengah.
Mengapa perlu berurusan dengan orang lain.
Sedang aku masih lagi bernyawa.
Jumpa aku, kita boleh selesaikan kekusutan yang berlaku dalam diri mereka.
Aku pun boleh ceritakan apa yang terjadi dalam kelas.
Senang. Tak usah menggunakan orang tengah. Lagi tak usah jaja cerita dari sebelah pihak.
Andai menyebarkan cerita sebelah pihak, aku memang menuntut kemaafan di akhirat sahaja.
No comments:
Post a Comment