Tuesday, January 22, 2019

Cubit

Peringatan;
Jangan suka-suka cubit anak orang. 
Jangan main-main dengan anak orang.
Jangan rajin-rajin nok kasi anak orang sakit.

Tahun ke-9 aku berada di bumi Chem. Isu cubit atau hukum anak orang tidak pernah selesai sampai sekarang.
Tahun ini isu bersama anak kelas tahun 3 Najihin, 4 Najihin, 5 Najihin dan 6 Najihin. Namun aku jangka kes ini berlaku dalam kelas 3 dan 4 Najihin. Ini kerana kelas 5 dan 6 Najihin masalah ini tidak mungkin terjadi sebab aku jarang masuk ke kelas mereka. seminggu hanya sekali sahaja bertemu. 
Andai itu yang engkau inginkan...aku redha. 
Aku boleh sahaja masuk mengajar semata-mata.
Aku boleh sahaja masuk mengajar dengan tidak menyemak kerja murid.
Aku boleh sahaja masuk mengajar dengan tidak menyentuh anak mereka.
Itulah keinginan mereka.
Tahun ini haram bagi aku menyentuh anak  mereka.
Tahun ini haram bagi aku menyentuk kulit anak mereka.
Tahun ini haram bagi aku berkasar dengan anak mereka.
 

 

No comments: