Wednesday, January 23, 2019

Cukup-cukup sudah

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku mengajar saja
 
Cukuplah 8 tahun nama tercemar, biarlah tahun ke- 9 ini walaupun sudah tercemar di awal persekolahan. 10 bulan lagi biarlah ia berjalan dengan baik dan tidak menguriskan perasaan ibubapa muridku dengan cara hukumanku.
Aku sedar, aku hanya diupah oleh kerajaan Malaysia untuk mengajar anak-anak murid dengan subjek yang ditawarkan oleh pihak sekolah sahaja.
Aku tidak di upah untuk mendidik anak-anak muridku supaya menjadi murid yang bertanggungjawab, rajin dan sebagainya.
Ini kerana anak-anak muridku, hukuman cubitan yang aku berikan kepada mereka menguris perasaan ibu bapa mereka.
Puncanya ibubapa mereka juga tidak pernah sama sekali menyentuh anak mereka, tetapi aku pandai-pandai menyentuh putera puteri mereka tanpa izin. Maafkan aku.
Insya Allah, hari ini segala peraturan yang telah aku lakukan akan ku padamkan dalam buku tulis, akan ku tarik segalanya sebagaimana tahun lepas. Mereka hendak aku buat seperti itu.
Mengajar, semak buku latihan...anak yang tidak buat kerja tak apa. Itulah kehendak mereka.
Akan aku turuti. 
Aku masih lagi mempunyai tanggungjawab yang cukup besar kepada keluarga aku.
Aku masih lagi mempunyai tanggungjawab yang beasar untuk melangsaikan hutang piutang aku yang banyak.
Maka jalan yang aku pilih sekarang, mengajarlah sahaja. Usah peduli dengan kerja sekolah anak-anak mereka. Anak mereka hendak buatke... tak nak buat ke... biarlah.
Biarlah. Biarlah. Biarlah. Biarlah. Biarlah. Biarlah. Biarlah. Biarlah. Biarlah. Biarlah.
 

No comments: