Tekad. Inilah tahun terakhir aku cubit anak orang. Inilah tahun terakhir aku pukul anak orang. Engkau tak siap kerja. Engkau tak buat kerja. Engkau tak nok belajar. Engkau tak nak berusaha. Lantaklah engkau.
Janji setiap bulan aku dapat habuan aku. Penat setiap tahun ada sahaja aduan daripada ibubapa. Cikgu pukul, cikgu cubit anak, cikgu bla...bla...bla,,,
Aku masuk kelas...tak payah semak kerja... engkau buat aku semak...engkau tak buat aku diam... cukuplah. Buat apa aku beria-ria nok memastikan segala kerja aku di buat. Ibu bapa mereka bukan pun cakna tentang kerja rumah anak. Mereka lebih bertumpu...
Adik kena pukul kat mana?
Adik kena cubit kat mana?
Sakit tak?
Ada kesan tak?
Cikgu mana yang buat?
Jika itulah yang engkau tanya...Insya Allah lepas ini soalan ini tidak mungkin akan ditanya lagi.
Jika hati ini telah terguris perasaan ini, amat sukar untuk di pujuk.
Jika hati ini telah terkesot, sungguh payah untuk dibetulkan.
Aku masih bernyawa...
kenapa tidak jumpa aku sendiri...
Pernahkah mereka bertanya kepada diri mereka...
Kenapa anak aku kena denda...
Kenapa anak orang lain tidak kena denda...
Aku bukan gila... datang sekolah hendak pukul anak orang.
Aku bukan gila... datang sekolah hendak cubit anak orang.
Jika tiada sebab.
Jika tiada alasan.
Aku masih waras...
Aku ada tanggungjawab...
Tidak sanggup aku menutup periuk nasi aku dengan mencampak pasir ke dalamnya.
Aku gila.
Sayang. Sayang. Sayang.
Sebab terlalu sayanglah... anak darjah 3 dan 4 ada yang tidak boleh membaca...belum tentu boleh menaakul.
No comments:
Post a Comment