Apsal ambil bukti tahun lepas, ambillah bukti 6 tahun lepas. Rasanya kes 6 tahun lepas lagi power kasih sayang aku kepada anak-anak mereka.
Siap peluk lagi di saat anak-anak mereka menangis. Tu lagi besar kes cabul aku. Mengapa?
Jika nok bukti zaman prasekolah aku ada, boleh sahaja nok kongsikan bersama. Lagi sedap jika nok membawang. Lagi seronok nok membawang.
Aku masih teringat kisah tahun lepas... masa aku mengajar peringkat awal kelas 3 Najihin.
Terima kasihlah cikgu... Putera dan Qaseh... balik aje terus siapkan kerja cikgu Zaha. Mereka takut. Laa aku ingat ini pujian mereka anak mereka rajin buat kerja sekolah aku. Rupanya ini ugutan kepada aku sebab anak mereka terlalu rajin buat kerja sekolah aku. Bodohnya aku. Terlalu gila dengan pujian yang tak ikhlas. Nasiblah badan. Terlalu percaya kepada kata-kata dusta orang yang kita gelarkan kakak-kakak dan abamg-abang kita.
Kita ingat kita menjadi garang, paksa anak-anak orang belajar sebab nak lihat bangsa kita berjaya. Kita nak lihat mereka berjaya lebih daripada kita. Jika kita nak mendaki menjadi seorang guru terlalu sukar, kita nak anak-anak mereka mendaki kejayaan dengan mudah.
Rupanya mereka tidak suka kita paksa anak mereka belajar dan menjadi terlalu rajin.
Aku ada caranya... bagi kerja, semak kerja atas buku sahaja. Tak buat kerja jangan sekali hukum anak orang. Ingat Zaharonizal Othman. Mereka bersusah payah membawa perut 9 bulan 10 hari untuk seorang anak. Mereka bersusah payah siang dan malam demi menghasilkan seorang zuriat. Semua peluh keluar demi seorang anak. Engkau senang-senang nak libas anak orang. Tu pasal kisah setahun lalu pun di ungkit dan di jaja keseluruhan alam sejagat. Jajalah selagi engkau boleh jaja anak kisah tahun ini aku tak buat. Aku hanya berharap engkau merangkaklah mencari aku di Padang Mahsyar nanti. Dah itu yang engkau hendak.
No comments:
Post a Comment