Wednesday, January 23, 2019

Fitnah...

Besar sungguh ujian untuk aku tahun ini. Minggu ke-4 persekolahan bermula. Aku telah dituduh mencubit paha budak perempuan. Pening kepala aku memikirkan kesalahan yang telah aku lakukan.
Penat aku memikirkan siapakah yang telah aku cubit.
Penat aku berteka-teki siapa anak murid itu,
Penat...
Akhirnya ini kisah tahun lepas, aku pun masih samar-samar adakah anaknya telah aku cubit. Seingat aku budak 5 Azkiya' yang kena tahun lepas. Budak lain tak kena.
Terima kasih Antasya Qistina. Terima kasih Puan Rozana. Kisah tahun lepas dibuka pada tahun ini, sedangkan aku juga tak pasti adakah anak engkau juga kena tahun lepas. 
Sebab dalam kelas anak engkau tahun lepas, aku hanya mengajar subjek Sejarah sahaja.  Hanya murid tahun 5 Azkiya' yang banyak menjadi mangsa cubitan aku... Sebab aku mengajar mereka subjek Bahasa Melayu. Selepas isu cubit ini di bawa masuk ke dalam mesyuarat aku telah berhenti menghukum anak mereka.
Tak apalah, jika aku ada tersalah menghukum anak dikau Puan Rozana aku mohonlah kemaafan. Aku bukan jenis takut mengaku salah. Aku bukan jenis sebegitu. Aku jenis orang yang mengaku bersalah jika aku bersalah.
Engkau pergi jumpa GB menyatakan hal ni, aku tak marah. Itulah tugas seoarang ibu. Aku hormat. Tetapi cerita engkau jaja tentang aku tahun ini, aku tidak dapat menerima fitnah itu.
Engkau takut aku, tidak layan anak engkau, aku baikot anok engkau. Hakikatnya engkau jaja cerita tak betul tentang aku. Cerita dari mulut ke mulut, lagi cepat tersebar. Terima kasih.  
Terima kasih atas cerita yang engkau sebarkan. Terima kasih untuk segalanya.
Nampak manis di luar tetapi rosak di belakang. Nampak mesra di depan rupanya tajam tikaman di belakang.
Mengapa perlu kita gadaikan persahabatan yang terjalin...

 

No comments: