Sunday, October 6, 2013

Sakit...

Kesakitan yang memuncak menyebabkan aku nekad, untuk melakukan sedikit pembedahan ke atas diri ini. Akhirnya dengan bantuan Nik dan Izzuan aku Triang untuk melakukan pembedahan ke atas sedikit ketumbuhan yang wujud di atas dada ini.
Ya Allah, tanpa ada bius. Kesakitan aku di tambah lagi dengan goresan pisau terasa. Memang sakit. Menahan kesakitan sahaja yang mampu aku lakukan.
 Keadaan ketumbuhan yang berada di dada ini semakin marah akibat sudah tua. Rasanya dah 4 tahun atau lebih benda ini wujud di atas dada ini.
 Akhirnya di Klinik Yap, Triang. aku lakukan pembedahan untuk memusnahkannya.

No comments: