Syukur kepada Allah s.w.t, tempahan aku untuk anak-anak pra sudahpun sampai. Lepas ini pasti mereka boleh melakarkan sejarah yang terindah selepas ini. Ayuh kita kayuh laju-laju wahai anak-anak ku demi satu memori yang terindah di alam prasekolah. Untuk cikgu dan untuk anda semua.
Untuk cikgu sebab 2014, cikgu tidak akan mengajar anak-anak prasekolah lagi. Maka cikgu perlu mencari memori yang cukup istimewa demi sebuah kenangan yang terindah. Demi anak-anak biarlah memori bersama cikgu dalam suka dan duka akan terukir di minda anak-anak. Walaupun cikgu mengerti memahami bahawa daya ingatan anak-anak akan kabur selepas menginjak usia remaja tentang kenangan zaman kanak-kanak namun biarlah ia menjadi memori itu akan kekal dalam ingatan mu.
No comments:
Post a Comment