Sunday, October 6, 2013

Janji...apa itu?

Jika PM Malaysia mengeluarkan slogan Janji Ditepati, beliau berusaha untuk menepati. Tapi aku terpaksa menunggu hampir 3 tahun bagi merealisasikan janji tersebut. 
Mengapa?
Mengapa ianya terjadi?
Adakah ia sudah lupa akan janji tersebut?
2011 detik terindah, akhirnya menjadi bebanan kepada diri ini, sebab ladang tebu telah ditanam dibibir. Sehingga sukar untuk membuangnya.
Sebulan selepas aku melaporkan diri, janji tersebut masih belum lagi ditepati. Aku meneruskan lakonan mereka. Biarlah. Kita lihat mainan mereka. Mainan orang ingin melengkapkan ciri-ciri munafik dalam diri mereka.
2012, seorang lagi masuk. Tapi tebu dibibir masih belum lagi ada usaha untuk ditebas. Tak apa, biarlah. Sekurang lakonan mereka terus menjadi. Aku terus menjadi pemerhati sahaja. Tak pe, aku teruskan usaha tersebut, walaupun sukar. Sekurang-kurangnya aku ada pengubat jiwa.
2013, Aku dah tak sanggup lagi melihat tebu-tebu itu yang cukup matang tapi tiada usaha untuk ditebas. Aku sendiri yang menebasnya. Tapi apakan daya jika kita sahaja yang berusaha menebasnya tapi tiada bantuan dari pihak lain. 
Sekarang masa untuk aku terus melihat sama ada pokok tebu berjaya ditebang atau terus hidup seperti pokok dedalu yang menumpang di atas pihak lain sehingga memakan pokok tersebut. 
Kerana usaha-usaha yang diguna pakai adalah skrip yang sama setiap tahun. Aku seorang pemerhati yang setia. Setiasa melihat dengan penuh makna setiap tindak tanduk yang dilakukan.
Setiap kali guru bertukar, baru panas punggung. Setiap kali guru baru dapat setiap kali panas punggung. Tapi bukan awal-awal panas punggung, tapi setelah orang lain selesai menjalankan tugas, baru kita panas punggung apakah makna tersebut. Orang dah selesai, kita baru nak masuk.Apa erti semua itu.
Kali ini pun , skrip yang sama berlaku. Aku mengamuk  baru panas punggung. Tak kan baru panas punggung. Sebab itulah aku terpaksa melihat lakonan yang sama hampir 3 tahun. Sebab 2011, 2012 aku langsung tidak bertindak, maka tiadalah usaha tersebut.Sedih sunggup terasa. macam pahat dengan penukul gayanya atau dengan kata lain macam kelas 6C dengan cikgunya aje.Sekali ketuk sekali masuk.Tak ketuk tak masuk.Habis cerita.

No comments: