Thursday, October 31, 2013

Terima Kasih sayangku...

Anak-anakku...
Terima kasih buat anak-anakku yang sudi memberikan kerjasama yang tiada nilainya kepada diri ini. Cikgu amat berbangga dengan sokongan yang diberikan. Terima kasih. Penat lelah kita bersama melayari kehidupan dalam melatih dan terus berlatih amat bernilai. Syukur semua yang terlibat dalam pementasan pada hari ini telah memberikan satu pesembahan yang amat bernilai buat cikgu. Detik pertama kita berlatih cikgu sudah tahu, anak-anak cikgu pasti boleh melakukkannya. Keterujaan anak-anak ketika pertama kali cikgu memasangkan dan menayangkan tayangan video asal pesembahan pada hari ini, telah menyebabkan cikgu terasa amat bermakna dan yakin dengan kemampuan anak-anak semua.
Hari ini, dikau semua telah membuktikan yang terbaik buat cikgu. Biarlah kenangan yang terukir di dalam susah senang kita bersama akan kekal di memori yang terindah.
Kecekalan dan keyakinan diri anak-anak cikgu semakin mengunung. Tiada rasa takut. Tiada rasa gentar. Tiada rasa malu. Cikgu bangga sayang. Terima kasih buat :
Irwan Hakimi, Aliff Irfan, Syamil, Rafiq, Asyraf Hakimie, Dieya Darwish, Fahmi, Zahiruddin
Imani Ibtisyam, Hajar, Anisah, Nabilla, Hanni, Alya, Umairah, Azlini, Hassanizan, Qaisara, Najwa, Sofieya, Adleyana, Tasneem, Hanim & Antasya
Terima kasih semua sayangku.
Walaupun ini bukan hasil yang keseluruhan ciptaan cikgu tapi cikgu telah memberikan satu kelainan yang banyak berubah daripada yang asal.
Cikgu yakin sekarang, walaupun lakonan asal dilakonkan oleh mereka yang besar ( pelajar maktab tahun satu bersama umur 20 tahun ) tapi anak-anak Cikgu hanya berumur 6 tahun dan 5 tahun sahaja. Anak-anak cikgu sebenarnya hebat dan berbakat.Cikgu amat bangga. Sayang cikgu.
Inilah hasilnya  mini teater muzikal kisah si pengembala dan biri-biri. Terima kasih kepada Cikgu Ecah idea rakan -rakan anda memberikan inpirasi kepada saya. 



No comments: