Jika 30.9 menjadi detik terawal perjalananku ke 2014. hari ini, 2.10 menjadi sejarah baru bagi perjalanan ke 2014 dengan penuh tenang dan selesa.
Mesyuarat bersama dengan GB baru bagi, suaikenal menjadi medan yang sesuai untuk aku meluahkan apa yang terkandung dalam kotak pemikiranku. Biarlah menjadi sejarah, tak perlu guna ruang dan tempat yang sesuai. Biarlah guna ruang yang terbuka. Jika guna ruang yang tertutup hanya kita dan dia sahaja yang tahu, tapi guna ruangan terbuka semua orang yang tahu.
Syukur kepada Allah s.w.t yang memberi dan meminjamkan kekuatan kepada hambamu ini untuk meluahkan apa yang terkandung dalam jiwa ini selama hampir 3 tahun.
Terima kasih, kepada geng pra yang sudi menyokong kehendak dan impian ku. Anda semua adalah rakan yang baik. Terima kasih.
Jangan risau anak-anakku, diri ini pasti akan melakarkan satu kenangan yang terindah yang akan kekal dalam jiwamu dengan melengkapankan juga teater mini muzikal kita yang telah kita juangkan selama ini. Diri ini akan memberikan seribu satu usaha yang dalam merealisasikan kehendak ini. Biarlah Muzikal teater kisah si pengembala dan biri-biri ini akan menjadi satu kenangan yang terindah dalam hidup ini.
No comments:
Post a Comment