Monday, October 7, 2013

Latihan....

Walaupun, aku layak untuk mendapat mc pada hari ini. Namun atas dasar semangat untuk melihat anak-anak aku berjuang demi pementasan yang akan mereka lakukan pada 31 oktober nanti aku sanggup, pergi ke sekolah. Lupakan kesakitan yang melanda, janji kepuasan yang dicarikan. Peningkatan dalam pesembahan ada. Perlu ada penghayatan sahaja lagi. Geng biri-biri memang bermasalah tapi dengan harapan apabila kena marah mereka akan memberi yang terbaik. Masalah yang timbul sekarang geng orang kampung. Umairah dah pindah sekolah, hanya akan datang pada 29 oktober nanti. Rafiq hari ini tidak hadir, Azlini juga tidak hadir. Macam mana nih. Kerjasama daripada pihak keluarga amat aku perlukan bagi menjayakan projek akhir aku ini. Aku tak mahu projek aku menjadi hampeh, aku hendakkan kejayaan buat peribadi sebelum aku melupakan alam prasekolah. Biarlah ia menjadi satu memori yang terindah dalam jiwa ini.





suasana selepas mereka berlatih berteater....