Hari ini, tak balik Kerayong. Banyak keuntungan yang boleh dicapai. Akhirnya siap juga prop aku untuk pementasan mini teater muzikal kisah si pengembala dan biri-biri yang bakal dilangsungkan pada 31 oktober nanti. Sebiji rumah dan sebatang cangkul. Ya 2 benda yang boleh disiapkan.
Tak mahu pentas yang akan dikuasai oleh anak-anak menjadi kosong maka, penambahan prop boleh membantu menaikan semangat pelakon-pelakon cilik ku untuk melakonkan watak dengan penuh bersemangat.
Mana boleh kostum sahaja mahal, prop kosong. Macam makan nasi tapi tak ada lauk aje. Penambahan prop yang lain akan dilakukan sedikit demi sedikit, itulah harapan dan impian aku. Sebab ini merupakan persembahan terakhir aku bersama anak-anak prasekolah,kerana tahun depan aku akan melangkah ke arus perdana yang sememangnya menjadi impian aku.
Ayuh anak-anakku...mari kita pakat buat yang terbaik untuk pementasan nanti.
No comments:
Post a Comment