Monday, October 7, 2013

Rajin pulak...

Entahlah. Tak faham aku, mengapa rajin sangat aku nak  sentiasa update blog nih. Terasa selalu nak menulis. Terasa gatal jari-jemari untuk menaip. 
Esok prasekolah ada satu program tahunan yang cukup penting. Majlis sambutan hari lahir buat kali ke-2 bagi tahun 2013. Selepas ini akan berakhirlah majlis sambutan hari lahir. Semua murid akan dapat hadiah yang sama, tiada satupun yang akan mendapat hadiah yang berbeza di antara satu sama lain. Tak akan ada yang lahir di awal tahun akan melopong sahaja. Semua akan dapat. Semua akan rasa walaupun sedikit. Macam orang kata sikit kita buat cara sikit. 
Sambutan  ini akan menjadi sambutan kali terakhir aku bersama prasekolah, kerna selepas ini aku akan bersama-sama dengan anak-anak yang lebih besar lagi.
Banyak benda yang hendak dan bakal aku belajar semula. Tapi tak menjadi masalah, semua ilmu kena belajar dengan perlahan-lahan, tak boleh secara mendadak.
Tahun depan kena, buat rancangan mengajar tidak lagi boleh taip dengan komputer, tapi kena tulis dengan tangan. Oh, kena latih tangan semoga tulisan dapat difahami oleh orang. 
Apa yang penting tahun depan, meja dan kerusi perlu di hias, rak buku kena beli. Semuanya benda baru. Suasana baru. Boleh mengajar macam orang lain hanya mengajar 600-700 minit seminggu tidak lagi 1200 seminggu. Boleh borak-borak kosong dalam bilik guru, boleh bergosip. Boleh berada di set sofa. Apa yang penting dapat mengajar budak besar sikit.
Perjalanan ke 2014, akan bermula pada hari Rabu ini. Harap perjalanan tersebut berjalan dengan lancar selancar yang boleh. 
Tanamkan nekadmu, jangan terpedaya dengan janji-janji manis orang yang dimurkai oleh Allah s.w.t. Teruskan perjuangan tersebut dengan jayanya. 

No comments: